SEGAMAT: Semua Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM600 juta ke atas diarah supaya diluluskan dan disegerakan mulai Jun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan kerajaan itu bagi mengelakkan bencana banjir terus berulang,
Beliau ditemui selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Cina, Kampung Tengah, Segamat.
Perdana Menteri turut mengarahkan semua pihak berkaitan untuk segera melaksanakan beberapa projek termasuk bekalan elektrik dan air.
Beliau juga memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menggunakan peruntukan yang disalurkan kepada mangsa banjir sebagai habuan untuk kepentingan masing-masing.
Kerajaan ujarnya tetap dengan keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat di negeri terbabit, berikutan bencana itu semakin surut.