Tumpuan :
Nasional

PM arah lebih ruang untuk penjawat awam muda

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dan amanat tahun baharu dalam Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari tahun 2025.

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan untuk memberikan lebih ruang kepada pegawai muda untuk mendapatkan pendedahan dalam semua peringkat mulai tahun ini.

Perkara itu meliputi latihan yang mencukupi agar dapat mengatasi konsultan kerajaan yang ada dalam tempoh beberapa tahun.

“Ruang harus diberikan kepada penjawat awam yang lebih muda, harus diberikan sepenuhnya dari segi kecekapan, AI, dari segi digital.

“Kerana saya mahu dalam masa beberapa tahun keupayaan kita itu mengatasi konsultan-konsultan yang ada.

“Oleh itu, ada kekuatan lebih sekiranya diberikan latihan tambahan, kalau perlu RM100 juta hanya untuk latihan intensif tidak semestinya akademik dan di sektor swasta atau pusat pengajian tinggi pusat kecemerlangan.” Katanya dalam ucapan amanat tahun baharu 2025.

Tambah Anwar, usaha itu juga bagi memastikan generasi masa hadapan penjawat awam menyelami makna kerangka Madani.

“Saya mahu mulai tahun ini di kalangan penjawat awam muda diberikan exposure maksima supaya setahun dua tahun kita dapat melahirkan barisan kedua penjawat awam yang bukan sahaja dapat menyelami hasrat sepenuhnya Madani tetapi lebih vokal.

“Saya mahu latihan ini menyeluruh kepada semua peringkat sehingga pertanian, peringkat teknikal rendah supaya semua diberikan peluang yang lebih baik.” Ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini