comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Anwar, Wan Azizah ucap takziah kemangkatan Sheikh Nawaf

Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. FOTO: Anwar Ibrahim / x

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Kuwait atas kemangkatan Emir Kuwait, Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Perdana Menteri berkata, sumbangan Almarhum kepada pengukuhan hubungan erat di antara Malaysia dan Kuwait akan sentiasa dikenang.

“Saya dan Azizah ingin menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Kuwait atas pemergian Yang Amat Mulia Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam catatan di X.

Sheikh Nawaf, yang dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan, meninggal dunia pada usia 86 tahun pada 16 Disember lalu selepas tiga tahun menduduki takhta.

Putera Mahkota Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, 83, diisytiharkan sebagai emir baharu Kuwait. – BERNAMA

Loading...
Terkini