Oleh: Vinsla Santiran
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kejayaan cemerlang beliau yang membuat kemunculan semula selepas menang dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri dalam ucapan melalui media sosial rasminya berkata, adalah diharapkan kemenangan itu membawa lembaran baharu dan peluang yang diperbaharui.
Katanya, Malaysia bersedia untuk maju ke hadapan dengan penuh optimis, kerjasama, dan tujuan bersama.
“Amerika Syarikat kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar bagi Malaysia dan menjadi pemain penting di rantau Asia-Pasifik.
“Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia berharap agar Amerika Syarikat dapat menggiatkan semula pembabitannya dengan Asia Tenggara.
“Kami juga menggesa AS menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang dahsyat di Palestin dan Ukraine.
“Kami menantikan kerjasama erat dengan presiden yang baru dilantik untuk memupuk manfaat bersama bagi rakyat kedua-dua negara kita,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.