comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Anwar tiba di Beijing, bertemu Presiden Xi Jinping esok

Datuk Seri Anwar tiba di Beijing, hari ini. Foto-PMO.

Oleh: Afrina Romzi

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing untuk meneruskan lawatan kerjanya di China, esok.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad dan Timbalan Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia, Abu Bakar Mamat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Luar China Sun Weidong dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Tumpuan utama lawatan Datuk Seri Anwar sehari di Beijing esok adalah panggilan hormat bersama Presiden Xi Jinping.

Beliau juga dijadualkan mengunjungi Pusat Taklimat Eksekutif Huawei dan memberi syarahan di Peking University.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini