comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Anwar tegaskan komitmen Malaysia, kukuhkan kerjasama dengan China

Datuk Seri Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi di Great Hall of People Beijing, hari ini. Foto – PMO

Oleh: Afrina Romzi

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama dengan China.

Perkara itu dizahirkan beliau kepada Presiden China Xi Jinping semasa kunjungan hormat di Great Hall of People Beijing.

Beliau turut bererima kasih kepada kepimpinan China atas sokongan berterusan mereka dan menekankan kepentingan nilai dan visi bersama antara kedua-dua negara.

“Saya telah mengikuti dengan teliti presiden, terutamanya ucapan cemerlang di sidang kemuncak BRICS.

“Sokongan presiden untuk perkongsian adalah tidak ternilai. Lebih penting lagi, visi untuk keselamatan dan pembangunan global sangat bersesuaian dengan kami,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap sokongan berterusan daripada Presiden Xi penting demi kejayaan Malaysia.

Kenyataan ini menggambarkan kedudukan Malaysia yang semakin strategik di persada global.

Ini sekaligus meletakkan negara sebagai pemain utama dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini