comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Anwar makan tengah hari di Petaling Jaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengenakan baju melayu berwarna ungu muda itu meluangkan masa kira-kira 30 minit di medan selera di PJ.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di sebuah medan selera di sini sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini.

Beliau tiba di gerai makan Zainul Nasi Kandar pada jam 12.50 tengah hari.

Beliau yang mengenakan baju melayu berwarna ungu muda itu meluangkan masa kira-kira 30 minit di situ.

Ketibaan Datuk Seri Anwar di medan selera itu disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Turut menyambut Perdana Menteri adalah penduduk setempat yang menunggu kehadiran beliau sejak jam 12.00 tengah hari tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini