Tumpuan :
Nasional

PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai

Datuk Seri Anwar bersama Premier Li Qiang semasa majlis Pelancaran Pavilion Malaysia di sini, hari ini.

Oleh: Afrina Romzi

SHANGHAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pavilion Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-7 di sini, hari ini.

Premier Li Qiang turut mengunjungi Pavilion Malaysia yang diselaraskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, Pavilion Malaysia bertujuan meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia.

Selain itu, ia menjadi platform bagi syarikat-syarikat Malaysia mendapat pendedahan serta meninjau pertumbuhan di pasaran China.

Pavilion Malaysia melibatkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik MATRADE iaitu Bank of China (Malaysia) Bhd, Petronas serta Seri Pajam Development Sdn Bhd.

Datuk Seri Anwar bersama Premier Li Qiang semasa majlis Pelancaran Pavilion Malaysia di sini, hari ini.

Syarikat Malaysia itu juga adalah sebahagian daripada 3,496 pempamer dari 129 negara pada acara berkenaan.

Datuk Seri Anwar turut berkesempatan untuk melancarkan Pavilion Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).

Ia mempamerkan beberapa syarikat tempatan untuk mempromosikan produk mereka termasuk Spritzer dan Oriental Kopi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini