Oleh: Afrina Romzi
BEIJING: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi akan menjemput Presiden China, Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Perdana Menteri berkata, jemputan itu akan dipanjangkan semasa kunjungan hormat dengan Xi lewat hari ini.
“Dari segi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) (sidang kemuncak), saya serahkan kepada beliau (untuk membuat keputusan).
“Bagaimanapun, saya sangat menggesa beliau untuk datang (untuk Sidang Kemuncak Asean) kerana beliau menganggap Malaysia sebagai rakan yang baik,” katanya sidang media sempena lawatan kerja ke China, hari ini.
Laporan lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.