Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
CHERAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, di sini.
Beliau tiba di masjid berkenaan pada pukul 1.25 tengah hari disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pengurusan masjid serta jemaah.
Datuk Seri Anwar bersama kira-kira 1,000 jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Pensyariatan Ibadah Haji’ sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada 29 Jun ini, sebelum menunaikan solat Jumaat.
Selesai solat, Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah di masjid tersebut.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Ros Sari yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.