comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM akur keputusan MIC & MCA, berterima kasih pertahankan Kerajaan Perpaduan

 

Oleh : Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dengan keputusan parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan MIC untuk tidak bertanding di dalam Pilihanraya Negeri (PRN) pada Ogos nanti.

Beliau turut berterima kasih kepada MCA dan MIC kerana masih mempertahankan kerajaan perpaduan walaupun tidak akan bertanding.

“Kedua-dua Presiden MCA dan MIC ada menghubungi saya dan menyatakan bahawa PRN ini mereka tidak akan bertanding tetapi akan memberi sokongan

“Saya fikir itu adalah dalam ruang kuasa Barisan Nasional, tetapi saya ucap terima kasih kerana kesudian mereka membantu dan masih mempertahankan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023) dan melancarkan aplikasi i-Akaun KWSP di sini, hari ini.

Semalam, MCA dan MIC telah mengumumkan untuk tidak bertanding di dalam PRN pada Ogos selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang berlangsung pada 30 Jun lalu dan juga setelah meneliti keadaan politik semasa serta mendengar pandangan setiap ahli CWC.

Loading...
Terkini