Tumpuan :
Nasional

PM adakan pertemuan bersama Thaksin Shinawatra di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra di Putrajaya.

Menurut beliau, pertemuan membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

Beliau turut memuat naik gambar pertemuan dengan Thaksin yang dilantik sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Pengerusi Asean yang kini disandang Malaysia.

Pertemuan diteruskan pada sebelah malam dengan perbincangan tiga pemimpin yang turut disertai bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini