Tumpuan :
Nasional

PM adakan pertemuan bersama Taikun ‘Chaebol’ untuk tarik lebih FDI ke Malaysia

Oleh: Halim Mohamed

SEOUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan ‘chaebol’, tokoh korporat terkemuka yang mewakili konglomerat atau syarikat besar di Korea Selatan, bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Perdana Menteri mengadakan Mesyuarat Satu lawan Satu bermula jam 9 pagi hari ini bersama beberapa syarikat utama lain seperti Kumpulan Samsung, Kumpulan SK Nexilis POSCO dan Lotte International.

Perbincangan ini adalah usaha Malaysia untuk meraih pelaburan ‘High Value, High Growth’ dari Republik Korea ke Malaysia.

Chaebols umumnya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Korea Selatan.
Sokongan daripada kerajaan Korea Selatan untuk chaebol bermula selepas Perang Korea sebagai satu cara untuk membantu membina semula ekonomi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini