comscore
Tumpuan :
Nasional

PM, Abang Jo dan Hajiji hadir Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024

Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Padang Merdeka, di sini, hari ini. – FOTO: NSTP

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Anwar yang diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Astaka Padang Merdeka pada jam 8.20 malam bagi menyaksikan acara dan persembahan sempena sambutan itu tahun ini.

Terdahulu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Datin Juliah Salag tiba pada jam 8.00 malam diikuti Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada jam 8.10 malam.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama barisan Menteri Kabinet Persekutuan serta barisan kabinet Negeri Sabah dan Sarawak.

Hadir sama kedua-dua Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk sambutan Hari Malaysia 2024 Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Acara bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” itu juga dihadiri timbalan-timbalan menteri, dif-dif kehormat dan perwakilan asing.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 akan disempurnakan Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Pelbagai acara persembahan telah disusun sempena smbutan itu antaranya persembahan khas bertajuk “Rumah MADANI Jiwa Merdeka yang memfokuskan nilai-nilai patriotisme, kemerdekaan dan perpaduan antara pelbagai etnik serta budaya di Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini