Tumpuan :
Nasional

PLUS: Laluan Jitra-Hutang Kampung ditutup sementara akibat banjir

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Laluan Jitra – Hutang Kampung di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dan selatan ditutup sementara untuk semua kenderaan selepas dilanda banjir.

PLUS dalam satu kenyataan berkata kenderaan yang melalui kawasan berkenaan akan dilencongkan keluar di persimpangan sebelum kawasan dinaiki air.

“PLUS ingin memaklumkan bahawa laluan Jitra hingga Hutan Kampung kini ditutup sementara akibat dinaiki air bermula 10.00 malam tadi.

“Sehubungan dengan itu, kenderaan yang menghala ke utara dilencongkan keluar dari lebuh raya menerusi Persimpangan Alor Setar Utara dan masuk semula ke lebuh raya menerusi Persimpangan Jitra Selatan.

“Manakala, kenderaan yang menghala ke selatan dilencongkan keluar dari lebuh raya di Persimpangan Jitra Selatan dan masuk semula ke lebuh raya menerusi Persimpangan Alor Setar Utara,” katanya.

PLUS juga menasihatkan semua pengguna supaya memandu dengan berhati-hati dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi Aplikasi X PLUSTrafik, aplikasi PLUS, papantanda elektronik dan chatbot PUTRI.

Orang ramai juga disarankan supaya mendapatkan maklumat banjir terkini serta laluan-laluan yang boleh digunakan menerusi portal-portal rasmi maklumat banjir yang disediakan oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini