Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan elaun perjalanan untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau menafikan setiap peserta akan diberikan elaun harian.
Katanya RM 64.00 diperuntukkan untuk setiap peserta meliputi keperluan makan, minum, penginapan serta kelengkapan lain.
“Semalam ada laporan yang mengatakan ada elaun harian itu adalah tidak betul sebab soalan pada saya ialah adakah kerajaan hendak tambah saya kata kekal maknanya elaun perjalanan sahaja”.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.
Tambahnya 200 peserta terpilih untuk menjalani PLKN 3.0 siri pertama tahun hadapan bermula 12 Januari sehingga 25 Februari terdiri daripada 148 lelaki dan 52 perempuan.
Katanya sebanyak 564 permohonan telah diterima secara sukarela namun pengambilan peserta terpaksa dihadkan.
Ujar Datuk Seri Mohamed Khalid, 32 warden akan ditempatkan di kem wataniah terlibat yang akan bertugas 24 jam.
Selain itu, premis terbabit juga akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.