comscore
Tumpuan :
Nasional

Platform Teknologi Kurangkan Risiko Pencerobohan Data

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR : Syarikat perisian, Tekkis Sdn Bhd sasar perkasa 15 syarikat permulaan tempatan dan dua syarikat besar akhir tahun ini.

Ia menerusi penyelesaian sehenti bagi pembayaran dalam talian dan pengesahan identiti yang dapat mengurangkan risiko pencerobohan data yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tekkis, Joshua Smith berkata, perniagaan ketika ini perlu melalui dua platform berasingan. Mereka perlu pergi ke penyedia A bagi kutipan pembayaran, seterusnya ke penyedia B untuk mengesahkan pelanggan.

“tekkis kini cuba menyatukan kedua-duanya, pemasaran produk dan keupayaan menyelesaikan perniagaan akan lebih pantas.” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran tekkis.

Tambah beliau, tekkis disokong HeiTech Padu Bhd sebagai pelabur utamanya untuk membangunkan sistem t-Verify dan t-Pay.

t-Verify mampu mengesahkan pengguna dengan pantas melalui pengencaman wajah dan kad identiti.

Manakala t-Pay memudahkan kutipan pembayaran menerusi platform dalam talian iaitu FPX, kad kredit/debit, e-dompet dan penyedia beli sekarang bayar kemudian.

Walaupun masih belum dikawal selia, syarikat juga sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi permohonan lesen.

Loading...
Terkini