comscore
Tumpuan :
Nasional

Pingat Kenang Jasa Pejuang Era Darurat

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Almuktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus oleh Menteri Besar Terengganu.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA NERUS: Seramai 663 anggota polis kontinjen Terenggganu menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai penghargaan atas pengorbanan dan bakti kepada negara.

Penerima pingat itu terdiri dari 500 pesara polis dan 163 anggota yang masih berkhidmat di Kontinjen Terengganu. 

Istiadat penganugerahan pingat berlangsung di Dewan Almuktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Pingat berkenaan dianugerahkan kepada petugas-petugas polis termasuk pesara yang berkhidmat semasa era darurat dan insurgensi komunis sehingga tahun 1990.

Istiadat berkenaan adalah kali ke-4 dianjurkan oleh PDRM Kontinjen Terengganu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mohd Alwi Zainal Abidin daan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.

Loading...
Terkini