comscore
Tumpuan :
Nasional

Pindaan undang-undang jadikan koperasi sebagai entiti perniagaan -PM 

KUALA LUMPUR: Beberapa peruntukan undang-undang akan dipinda untuk menjadikan koperasi sebagai entiti perniagaan sedang dipersiapkan Jabatan Peguam Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

“Sudah ada kerangka awal dan dalam tempoh dua bulan akan datang apabila disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.”

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Cadangan pindaan kepada undang-undang itu antara resolusi dipersetujui Kongres Koperasi Kebangsaan 2024, dibangkitkan selepas terdapat beberapa akta sedia ada dilihat mengekang gerakan koperasi dalam menjalankan perniagaannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini