comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pilihan Raya Umum Indonesia 2024 : Pengundi mahu Indonesia lebih maju, tidak ketinggalan

 

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Indonesia 2024 bermula sejak jam 8 pagi tadi mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Indonesia yang berada di negara ini.

Ramai dalam kalangan mereka tidak mahu melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar yang layak.

Sarah Diniapsari, 19, pelajar di sebuah kolej swasta di ibu negara, melahirkan hasrat supaya Indonesia lebih maju dibawah pentadbiran Presiden baharu yang bakal dipilih pada 14 Februari nanti.

“Saya berharap, Presiden Indonesia selepas ini akan mendengar apa yang rakyat mahu dan ambil tindakan sewajarnya agar Indonesia akan terus maju.

“Saya akan pilih calon Presiden yang memberi impak terbanyak dan saya harap sesiapa pun kita pilih akan dapat membawa negara ini lebih baik,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Sementara itu bagi Zainal Abidin Lubis, 37, yang menetap di Malaysia sejak 4 tahun lalu mahukan negara itu tidak lagi ketinggalan berbanding negara Asia lain.

“Ini baru pertama kali saya mengundi, kalau saya mahukan Presiden yang hebat, saya mahu lihat Indonesia lebih maju dari ini dan ke depan. Kita tak mahu lagi ketinggalan kita mahu pilih Prabowo,”katanya ketika ditemui.

Pemerhatian mendapati, keadaan di sekitar perkarangan pintu masuk WTCKL sedikit riuh apabila ribuan pengundi melaungkan nama dan nombor calon presiden mereka.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dengan kehadiran pihak polis di sekitar kawasan pengundian.

Kira-kira 233 bilik pengundian disediakan di WTCKL pada proses pemilihan hari ini, membaitkan 222,945 pemilih.

Dianggarkan 30 peratus dari 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di negara ini akan menunaikan tanggungjawab mereka di enam pusat pengundian.

Selain WCTKL, lima lagi pusat pengundian dibuka di seluruh negara antaranya di Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).

Jumlah pemilih berdaftar di Malaysia adalah kira-kira 47.55 peratus daripada keseluruhan 1.75 juta pengundi dalam daftar pemilih luar negeri di seluruh dunia bagi pilihan raya umum Indonesia 2024.
Pemilu kali ini.

Kira-kira 204 juta rakyat Indonesia akan menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 Februari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini