Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KLANG: Cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu kajian mendalam jika ingin dilaksanakan terutamanya membabitkan peranan semua kaum dalam proses terbabit.
Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata Pilihan Raya PBT penting kerana ia mengambil kira suara rakyat di peringkat akar umbi.
“Pada masa akan datang mesti difikirkan kerana kalau dipilih oleh rakyat dia kena bekerja betul-betul untuk kepentingan rakyat”
Katanya pada sesi penggulungan Konvensyen AMANAH Nasional di sini hari ini.
Tambahnya sistem yang ada ketika ini tidak menggambarkan suara rakyat.
“Sekarang ini dilantik ahli majlis dia lobi ketua parti kalau peringkat nasional dia lobi saya”
Pilihan raya PBT kembali diperkatakan selepas Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai mencadangkan perkara itu pada 17 Disember lalu.
Cadangan itu kemudian dibantah sejumlah pihak, termasuk pemipin PAS dan UMNO, dengan rata-ratanya berpandangan ia berisiko mencetuskan pergeseran kaum.