comscore
Tumpuan :
Nasional

Pilih Bank Yang Diyakini Selamat

Pengerusi Pusat Kajian Keselamatan Siber, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) Prof Dr Zurina Shukur memberi saranan agar pendeposit memilih bank yang diyakini selamat, manakala pihak bank perlu tingkatkan keselamatan perkhidmatan mereka.

Oleh Norfazilah Mohd Sahir

PETALING JAYA: Wang lesap dalam bank angkara jenayah siber, namun sehingga kini tiada penyelesaian konkrit berkait isu ini sehingga menimbulkan kebimbangan buat pendeposit yang menyimpan simpanan mereka di bank.

Pengerusi Pusat Kajian Keselamatan Siber, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) Prof Dr Zarina Shukur, memberi saranan berikut.

“Untuk pengguna, pilih perkhidmatan bank yang anda selesa dan yakini selamat. Juga, sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga, khasnya untuk mengelak dari terkena kejuruteraan sosial,” katanya ketika dihubungi TV3.

Pada masa sama beliau turut menyarankan pihak bank bertindak untuk lebih berwaspada.

Sudah tiba masanya saranan agar pelanggan lebih berwaspa terpakai sama untuk pihak bank.

“Dahulukan keselamatan pelanggan, dengan meningkatkan aspek teknikal atau governans atau proses. Kalau boleh, saranan agar ‘pelanggan berwaspada’ turut diikuti dengan ‘pengendali perkhidmatan bank akan turut lebih berwaspada’.

“Pihak bank turut perlu mempertingkat usaha bagi membendung hal ini berlaku. Walaupun dalam terma dan syarat berkaitan Perbankan Atas Talian sebahagian bank, kelihatan tidak memihak kepada pengguna. Namun, masih ada ruang dalam terma dan syarat tersebut yang menyokong pengguna,” katanya.

Ujarnya bank dianggap sebagai amanah buat pendeposit untuk menjaga duit mereka.

Justeru bila perkara sama berlaku bertahun-tahun, maka tidak munasabah tiada peningkatan dari aspek keselamatan teknikal dan governans.

Beliau berharap pihak kerajaan turut bersama-sama mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berterusan membelenggu rakyat.

Loading...
Terkini