Tumpuan :
Nasional

Pikap bertembung lori makan jalan di selekoh, buruh binaan maut

BESUT: Seorang buruh binaan maut selepas pikap dinaiki bertembung lori yang masuk laluannya di Jalan Lata Belatan Kampung Kuala Kubang, Jabi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, Muhammad Haziq Afiq Mohd Aluwi, 20, dari Kampung Gong Duek, Jertih maut di tempat kejadian selepas parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori jenis Hino dari arah tapak projek ECRL, Kampung Kuala Kubang ke Lata Belatan untuk mengambil pasir manakala mangsa dari tempat kerjanya di Lata Belatan menghala ke stesen minyak di Jabi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori dikatakan masuk ke laluan bertentangan ketika melalui selekoh sebelum bertembung mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini