comscore
Tumpuan :
Nasional

Pihak berkuasa rampas kasut wanita guna logo mirip kalimah Allah di Johor

Mohd Fared (berbaju putih) mengetuai pemantauan terhadap premis yang didakwa menjual kasut menggunakan logo mirip kalimah Allah. – FOTO: Ihsan Exco

JOHOR BAHRU: Sejumlah kasut yang menggunakan logo menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita, dirampas dalam serbuan bersepadu di beberapa pusat beli-belah di negeri ini, petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pemantauan dilakukan susulan tular di media sosial berkenaan dakwaan penggunaan logo dikatakan mirip kalimah Allah pada tapak kasut jenama tempatan.

“Pemantauan dan semakan diarah dilakukan di pusat-pusat membeli belah di negeri ini ke atas penjualan kasut berkenaan.

“Pemantauan dilaksanakan petang tadi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Johor.

“Dalam pemantauan itu, sejumlah kasut dirampas bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, satu laporan polis dibuat di Pulau Pinang berhubung tulisan menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita yang dikesan tular dalam laman sosial Facebook.

Laporan dibuat seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di Kepala Batas, selepas melihat satu hantaran di laman Facebook atas nama Hidayah Sani, yang berkongsi maklumat mengenai tulisan kalimah Allah pada tapak kasut wanita, awal pagi tadi

Razarudin dilaporkan berkata, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Dua di Butterwoth, sebaik mengesan hantaran yang dikongsi itu.

Terdahulu, pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini