comscore
Tumpuan :
Nasional

PH-BN hampir pasti kuasai Pulau Pinang 

GEORGETOWN: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hampir pasti kekal mentadbir Pulau Pinang apabila mendahului di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.

Setakat 9 malam, keputusan tidak rasmi menyaksikan PH-BN mendahului di DUN Sungai Puyu, Bagan Jermal, Padang Lalang, Jawi, Tanjong Bunga, Air Putih, Kebun Bunga dan Padang Kota.

Gabungan berkenaan turut menang di Pengkalan Kota, Komtar, Datok Keramat, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam, Paya Terubong dan Bayan Lepas.

Calon PH daripada DAP dan PKR dilihat menguasai 25 kerusi majoriti pengundi Cina, selain turut selesa di kawasan pengundi bercampur.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) menguasai sekurang-kurangnya enam kerusi setakat ini.

Kerajaan Pulau Pinang dapat dibentuk jika mana-mana gabungan politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini berjaya menawan 21 daripada 40 kerusi DUN.

Loading...
Terkini