comscore
Tumpuan :
Nasional

PGA tumpaskan aktiviti seludup lembu dari Thailand

Pasukan Gerakan Am merampas 13 ekor lembu seberat 7,000kg yang dianggarkan bernilai RM107,270 di Kampung Bukit Tandak, Pasir Mas, semalam. -FOTO: PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Kampung Bukit Tandak, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semua lembu seberat 7,000kg yang dianggarkan bernilai RM107,270 itu dipercayai diseludup dari Thailand.

“Rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Batalion 8 menahan sebuah lori dinaiki dua lelaki berusia 22 dan 42 tahun dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 12.45 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan menemui 13 lembu dalam lori Hicom dan tanpa dokumen sah. Kedua-dua lelaki itu dipercayai menjadi penghantar lembu ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini