Tumpuan :
Nasional

PGA tumpaskan 2 kes seludup diesel, petrol ke Thailand

FOTO: PGA Briged Tenggara

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

TUMPAT: Dua kes penyeludupan minyak diesel dan petrol di kawasan sempadan negara di Kelantan ditumpaskan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menerusi Op Taring WAWASAN Kelantan.

Lebih 40 liter minyak diesel dan petrol ditemui di Tumpat disyaki untuk diseludup ke Thailand.

FOTO: PGA Briged Tenggara

Dalam kejadian kelmarin, sebuah kenderaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Tumpat ditahan sekitar jam 1 tengah hari.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa mendapati kenderaan itu membawa lebih 40 liter minyak diesel yang disyaki untuk seludup ke negara jiran.

FOTO: PGA Briged Tenggara

Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun ditahan, dengan anggaran nilai rampasan termasuk kenderaan berjumlah lebih RM35,000.

FOTO: PGA Briged Tenggara

Bagi kes kedua aktiviti penyeludupan minyak petrol dihidu pihak berkuasa di Pengkalan Haram Wan Pok Ngoh, Tumpat sekitar jam 9.10 malam, 28 Februari lalu.

Beberapa tong minyak berisi lebih 40 liter petrol ditemui, juga dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Hasil rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

PGA menegaskan akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini