Tumpuan :
Nasional

PGA rampas pokok bunga ros, biri-biri seludup bernilai RM765,000

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,000 pokok bunga ros dan 20 ekor biri-biri yang dipercayai diseludup dari Thailand. FOTO NSTP / IHSAN PGA

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,000 pokok bunga ros dan 20 ekor biri-biri yang dipercayai diseludup dari Thailand membabitkan nilai keseluruhan RM765,000.

Rampasan dilakukan Batalion 8 PGA jam 9.20 malam kelmarin dan 7 pagi semalam itu membabitkan dua lokasi berasingan di Lalang Pepuyu, Tanah Merah serta Kampung Seri Merbau Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata serbuan pertama di Pasir Mas selepas pihaknya menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 ekor biri-biri dengan anggaran berat lebih 600 kg ditemui di dalam lori berkenaan.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk lori dianggarkan bernilai RM115,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen36 (1) Akta Binatang 1953.

“Barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, rampasan kedua dilakukan pagi semalam membawa kepada rampasan
2,000 anak pokok bunga Ros dipercayai diseludup dari Thailand selepas pihaknya menahan sebuah lori.

“Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit. Suspek seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dipercayai menjadi penghantar tanaman itu ke pasaran.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM650,000 dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Loading...
Terkini