Tumpuan :
Nasional

Petugas media mula berkumpul di Mahkamah Gua Musang

Suasana di Mahkamah Sesyen Gua Musang yang menjadi tumpuan apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa mengikut Akta Hasutan pada pagi ini, selepas dipercayai menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) menerusi ceramahnya di PRK DUN Nenggiri, baru-baru ini. – FOTO: NSTP

GUA MUSANG: Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini menjadi tumpuan petugas media selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dituduh mengikut Akta Hasutan pagi ini.

Seawal jam 7.30 pagi, petugas media mula berkumpul di perkarangan mahkamah bagi membuat liputan pertuduhan terhadap Muhyiddin yang dijangka berlangsung pada jam 9 pagi.

Presiden BERSATU itu dijangka tiba jam 8.30 pagi. Setakat ini penyokong parti sudah kelihatan di luar pagar mahkamah bagi memberi sokongan kepada Pengerusi PN itu.

Lebih 20 pegawai dan anggota polis membuat kawalan dan memantau keadaan di mahkamah.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiasat mengikut Akta Hasutan susulan ceramahnya berkait Raja, Agama dan Kaum (3R) dalam kempen PRK DUN Nenggiri, baru-baru ini akan didakwa hari ini memgikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis sebelum ini meneima 30 laporan polis berkaitan ucapan Muhyiddin dan serama 66 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini