Oleh: Syafiqah Damanhuri
PUTRAJAYA: Petugas kaunter perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam yang sudah berkhidmat lebih lima tahun perlu ditukarkan peranan bagi memberikan mereka peluang perubahan dalam kerjaya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara itu akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dua ini melibatkan semua agensi perkhidmatan awam yang mempunyai kaunter perkhidmatan.
“Saya minta kalau boleh sebulan dua ini, sebab dia ramai. Semua terlibat, yang ada kaunter perkhidmatan.
“Boleh jadi sama (jabatan), boleh jadi cross, bergantung kepada servis. Contoh macam Jabatan Imigresen (JIM) tidak boleh keluar, dia akan kekal (dalam jabatan) tapi buat kerja lainlah. Mana yang boleh rentas jabatan dia akan tukarlah,” katanya ketika ditemui p
Tambahnya, inisiatif itu tidak memerlukan satu pekeliling baharu diedarkan memandangkan ia perkara biasa dilakukan.
“Tidak perlu ada pekeliling baharu. Kita buat dia pertukaran biasa. Tapi mungkin masive lah sebab ramai. Yang mana lebih lima tahun kita akan tukar untuk menambah baik lagi perkhidmatan kaunter.
“Sebab kita kadang-kadang tengok, petugas kaunter marah-marah orang betul? Too long there, mereka pun tertekan jugakan. Jadi kita hendak ubah itulah.” Jelasnya.
Sebelum itu Shamsul Azri menyampaikan amanat tahun baharu dengan tema Reformasi: Satu Kemestian.
Ujarnya dalam meneruskan agenda reformasi perkhidmatan awam, tiga fokus utama digariskan bagi tahun 2025.
Ia adalah, memantapkan pemboleh daya reformasi, memperkukuh nilai dan tatakelola serta mempertingkatkan sinergi strategik Persekutuan – Negeri dan antarabangsa.
Dalam usaha itu, pelaporan berkenaan status reformasi yang dilaksanakan di kementerian dijadikan agenda tetap mesyuarat pengurusan kanan kementerian dan dilaporkan oleh Ketua Pegawai Reformasi (CRO).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.