Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
PUTRAJAYA: Sikap mesra, berpewatakan menarik serta berintegriti perlu ada dalam diri setiap petugas kaunter kerajaan yang berurusan dengan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata sikap harmoni, termasuk nilai hormat menghormati, perlu diterapkan dalam diri setiap pekerja.
“Petugas kaunter adalah barisan pertama yang berinteraksi dengan masyarakat. Oleh itu, mereka harus memiliki sikap yang mencerminkan keharmonian, mesra pelanggan dan integriti agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di program Car Free Day, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa.
Katanya, ia bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.