Tumpuan :
Nasional

PETRONAS sahkan kakitangannya di Sudan selamat

KUALA LUMPUR: PETRONAS memaklumkan semua kakitangannya dan rakyat Malaysia lain yang berada di Sudan, berada dalam keadaan selamat.

Unit Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, berkata kesemua mereka yang berada di Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan, adalah selamat.

“Selain mereka yang berada dalam Kompleks Petronas, kakitangan Kumpulan Petronas yang lain juga selamat berada di rumah masing-masing atau di luar negara.

“Kompleks berkenaan mempunyai premis kediaman dan pejabat termasuklah pejabat Kedutaan Malaysia di Khartoum,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Petronas sentiasa memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama tapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan keselamatan semua kakitangan.

“Langkah ini adalah sentiasa kekal menjadi keutamaan Petronas,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu Wisma Putra mengesahkan 29 warganegara Malaysia kebanyakannya pelajar masih berada di Sudan, susulan pertempuran yang meletus di Khartoum.

Wisma Putra memantau keadaan politik tidak stabil selepas pertempuran di beberapa tempat strategik di Khartoum di antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), hari ini.

Loading...
Terkini