Tumpuan :
Nasional

Petronas, Petros perlu kerjasama aktiviti cari gali O&G

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Dorsett Grand Subang. – FOTO: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri

SUBANG JAYA: Petronas dan Petros perlu bekerjasama dalam meneruskan aktiviti cari gali sumber minyak dan gas (O&G).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting bagi Petronas untuk diiktiraf sebagai sebuah entiti nasional termasuk menghormati semua obligasi kontrak dan permintaan Sarawak terhadap hak milik minyak di wilayah negeri itu.

Ia sekali gus memperbetulkan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa Petronas adalah syarikat ‘milik’ Semenanjung.

“Hubungan saya dengan Premier Abang Johari sangat baik. Kami mahukan penyelesaian yang harmoni untuk isu ini.

“Akta Pembangunan Petronas (PDA) adalah akta nasional dan Petronas adalah sebuah syarikat nasional. Ia bukan syarikat Semenanjung. Saya ingin menegaskan perkara ini dengan sangat jelas. Tiada kompromi dalam hal ini.

“Tidak kira apa pun tuntutannya. Jika anda terima itu, maka, negara atau negeri kini yang mahu memastikan bahawa mereka menegaskan kedudukan mereka untuk melindungi kepentingan, terutamanya Sabah dan Sarawak, kerana kita juga terikat dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sekarang dalam hal ini, kita perlu mempertimbangkan pilihan yang ada dan Sarawak memutuskan untuk menubuhkan Petros. Sudah tentu, ada suara yang mengatakan bahawa Petros sebagai pemegang tunggal akan menentukan segalanya. Tetapi itu bukan ketetapannya,” katanya pada Sidang Media Perdana Menteri.

Tambah Anwar, segala isu berbangkit perlu ditangani secara baik dan bijaksana demi kepentingan bersama.

“Saya rasa ia adalah langkah wajar. Mereka telah menetapkan parameter dalam hal ini. Mereka iktiraf peranan Petronas dan kita iktiraf peranan Sarawak.

“Tetapi akhirnya, kepentingan bersama berkaitan tanggungjawab dan keadilan perlu diberi perhatian,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini