comscore
Tumpuan :
Nasional

PETRONAS Meterai Perkongsian Pengeluaran Hidrokarbon di Sabah

KUALA LUMPUR: PETRONAS mengukuhkan kerjasama dengan TotalEnergies EP Malaysia (TE) dan Shell menerusi Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) baharu.

Syarikat minyak dan gas nasional itu memeterai PSC dengan TE, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC) dan Shell Sabah Selatan Sdn Bhd (SSS) untuk Blok 2K, blok laut dalam ultra di luar pantai Sabah.

Blok SB 2K, dengan kedalaman sehingga 3,000 meter, meliputi 1,952 kilometer persegi terletak di kawasan perairan laut dalam ultra barat laut yang prolifik dalam lembangan hidrokarbon.

Di bawah terma PSC, TE, anak syarikat milik penuh TotalEnergies SE yang berpangkalan di Perancis, akan menjadi pengendali dengan 34.9 peratus kepentingan penyertaan.

PCSB memegang 40 peratus kepentingan penyertaan, manakala baki 25.1 peratus dibahagikan sama rata antara dua rakan kongsi yang lain, SSPC dan SSS.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Mohamed Firouz Asnan berkata, pemeteraian PSC untuk Blok 2K melengkapkan pelesenan lima blok air laut dalam ultra di luar pantai Sabah.

Lima blok itu kini dilengkapi dengan data seismik 3D yang akan mempercepatkan program penggerudian penerokaan.– BERITA HARIAN

Loading...
Terkini