PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad mengakui beberapa stesen minyak di bawah kendalian syarikatnya sedang menghadapi kehabisan stok diesel.
PDB dalam satu kenyataan memaklumkan isu itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.
“PDB ingin memaklumkan bahawa beberapa stesen Petronas di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel dan isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2023.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.”katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman web syarikat berkenaan.
PDB turut memberi jaminan kepada pengguna bahawa sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi meminimumkan gangguan tersebut.
“Untuk bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi Mesralink di talian 1300888181. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda,” katanya.