comscore
Tumpuan :
Nasional

Petronas hantar bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh 48 jam

Stesen Petronas di Batu 12 Jalan Kuching-Serian masih tidak mempunyai bekalan diesel.- Foto: NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad sedang mengusahakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari ini berikutan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di negeri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata Petronas juga disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesen-stesen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan itu.

 

Ujarnya senarai itu adalah bagi membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh.

“Bagi menyelesaikan isu ini segera untuk menangani keperluan pengguna di kawasan-kawasan terjejas, Petronas dan syarikat minyak terlibat telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit,” katanya ketika dihubungi wakil media.

Menurutnya lagi, kaedah penyelesaian itu dicapai hasil perbincangan di antara pihak kementeriannya dengan Kementerian Kewangan dan Petronas.

Kekurangan bekalan diesel bersubsidi di Sarawak itu didakwa sudah berlaku sejak dua minggu lalu.

Pengerusi DAP negeri itu, Chong Chieng Jen berkata kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di negeri itu tidak mencukupi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini