comscore
Tumpuan :
Nasional

Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan

FOTO: NSTP

BENTONG: Proses pengiraan undi bagi pilihan raya kecil PRK DUN Pelangai bermula sebaik peti undi pertama tiba jam 7.33 petang di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong.

Manakala peti undi kedua tiba 4 minit kemudian.

Kesemua peti undi dari sembilan pusat pengundian melibatkan 30 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di sini sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangkakan pada 9 malam ini.

PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihemly DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini