comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pesawat tiada Perakam Data Penerbangan – KPN

 

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

SHAH ALAM: Pesawat ringan jenis Beechcraft (Premier 1) tidak mempunyai perakam data penerbangan (FDR).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu berkata, dapatan itu diperoleh menerusi siasatan dilakukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

“Siasatan mendapati pesawat ini hanya mempunyai Cockpit Voice Recorder sahaja, dia takde flight data recorder seperti kapal terbang lain, pesawat ringan sebegini memang takde bahan itu, so ia telah diambil untuk siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan : Kotak perakam suara kokpit pesawat ditemui

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bercakap ketika sidang media di lokasi kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan Elmina. Foto : NSTP

Semalam BSKU telah menemui perakam suara kokpit pesawat malang itu kira-kira jam 10.20 malam berdekatan lokasi pesawat itu terhempas.

Nahas di Lebuhraya Gutrie berhampiran Bandar Elmina itu meragut 10 nyawa.

Lapan daripada mangsa daripada pesawat ringan itu manakala masing-masing seorang adalah rider penghantar makanan dan seorang lagi pemandu Grab.

Loading...
Terkini