comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pesawat terputus hubungan 1:35 tengah hari, dua mangsa belum ditemui

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas dekat Kapar, Selangor petang tadi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud menerusi kenyataan memaklumkan pesawat yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor jam 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan jam 1:35 tengah hari, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” katanya.

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini,” menurutnya.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini