comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesawat terhempas: Usaha keluarkan mangsa dijangka ambil masa tiga jam

Daniel Yee Hsiang Khoon, salah seorang mangsa terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Kapar

Oleh: Amirulhakim Lokman

KLANG: Usaha mengeluarkan dua mangsa nahas yang sedang berjalan ketika ini, dijangka mengambil masa sehingga tiga jam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berikutan pesawat dengan berat lebih seribu 300 kilogram itu telah terjunam dan terbenam lebih daripada dua meter di dalam tanah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

“Kita sedang berusaha mengeluarkan kedua-dua mangsa yang kita percaya kedua-dua mangsa terkorban, juruterbang dan pembantu juruterbang.

“Siasatan mendapati, mangsa yang terbabit ialah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 tahun dan Roshaan Singh Raina, 42 tahun.

“Kedua-dua mangsa ini akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat (sebaik mayat dikeluarkan).

“Seterusnya proses pengecaman untuk diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Dua mangsa berkenaan melibatkan juruterbang dan pembantu juruterbang yang juga ahli kelab penerbangan rekreasi itu, berusia lingkungan 30 hingga 40an.

Tambahnya, kedua mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, untuk proses bedah siasat dan pengecaman identiti.

Jelasnya lagi, pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung kejadian dan siasatan turut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Kemalangan Udara BSKU Kementerian Pengangkutan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini