PETALING JAYA: Seramai enam penumpang dan dua anak kapal dilapor berada di dalam pesawat yang terhempas dan keadaan mereka bagaimanapun belum dapat disahkan.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, (CAAM) dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat berkenaan menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2.47 petang dan kebenaran mendarat diberi pada jam 2.48 petang.
Artikel berkaitan: Pesawat ringan terhempas, 3 dikhuatiri maut
Tambah kenyataan itu, pada jam 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang mengesan kepulan asal dari lokasi pesawat terhempas dan tiada panggilan kecemasan dibuat daripada pesawat berkenaan.
Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre, KL ARCC telah diaktifkan bagi mengkoordinasi misi mencari dan menyelamat.
Siasatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.