SHAH ALAM: Dua mangsa nahas kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang hari ini ditemukan berada di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Wan Md. Razali Wan Ismail.
Dalam satu kenyataan hari ini , beliau berkata mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian.
“Kedua-dua mangsa berada di dalam kokpit pesawat ketika ditemui, meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Wan Md Razali berkata usaha pencarian dilakukan oleh pihak bomba dengan menggunakan kaedah “sweeping” dalam jarak 800 meter daripada cebisan sayap pesawat sehingga ke bangkai utama pesawat yang dipercayai terjunam ketika penerbangan.
Beliau berkata pihaknya juga menggunakan kaedah penggalian secara manual dengan bantuan jentera berat berdasarkan cebisan-cebisan mayat yang ditemukan di sekitar bangkai pesawat.
Katanya kerja mencari mangsa juga dibantu pasukan bomba sukarela, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk sekitar.
Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan seorang pembantu juruterbang disahkan maut nahas terbabit dan kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mengikut manifes yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42. -BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pesawat terhempas: Bedah siasat dua mangsa dilakukan 8 pagi esok
- Kronologi pesawat BK 160 Gabriel terhempas di Kapar
- [VIDEO] Pesawat terhempas: Kedua-dua mayat mangsa berjaya dibawa keluar jam 7.50 malam
- Pesawat terhempas: Usaha keluarkan mangsa dijangka ambil masa tiga jam
- [TERKINI] Pesawat terhempas: Polis sahkan dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter
- Pasukan penyelamat guna jengkaut keluarkan badan pesawat
- Pesawat terhempas: Individu dipercayai waris mangsa kelihatan di lokasi
- [VIDEO] Pesawat terputus hubungan 1:35 tengah hari, dua mangsa belum ditemui
- [KEMAS KINI] [VIDEO] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
- [VIDEO] Penduduk terkejut serpihan sayap dan tayar pesawat terjatuh belakang rumah
- Gali secara manual selain guna jengkaut, keluarkan mayat mangsa – Bomba