comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesawat terhempas: Individu dipercayai waris mangsa kelihatan di lokasi

KLANG: Empat individu dipercayai waris mangsa pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, tiba pada jam 5.25 petang tadi.

Empat individu terbabit terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita dewasa diiringi pihak berkuasa ke tempat berhampiran Pos Kawalan Lokasi Kejadian.

Kehadiran empat individu berkenaan menjadi tumpuan pengamal media di lokasi kejadian.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan, terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat yang terhempas itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata, keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

CAAM mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas dekat Kapar.

Difahamkan sidang media berhubung kejadian ini akan dijalankan dalam masa terdekat oleh Polis Selangor.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Dewi juga sudah berada di lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini