IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.
“Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.
Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.
Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp.
Dalam pada itu, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang dihubungi Buletin TV3 memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.