comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesawat pecah di udara sebelum terhempas – BSKU

FOTO: Fail

KUALA LUMPUR: Pesawat ringan Blackshape BK 160TR yang terhempas di ladang kelapa sawit pada 16 Februari lalu dan mengorbankan nyawa juruterbang bersama seorang penumpang, berkemungkinan besar pecah di udara.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan hari ini.

“Serpihan di sekitar kawasan itu menunjukkan kepingan struktur besar pesawat terpisah dari rangka utamanya ketika pesawat dalam penerbangan sebelum terhempas di ladang kelapa sawit.

“Tidak ada petunjuk menandakan berlaku kebakaran sebelum atau selepas pesawat itu terhempas berdasarkan serpihan ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut laporan itu, tidak mungkin mereka yang berada dalam pesawat boleh terselamat bersandarkan kepada impak junaman pesawat berkenaan.

Laporan BSKU menyatakan, pesawat itu mempunyai larangan tidak terbang atau tidak dibenarkan terbang, manakala jadual penyelenggaraan berkala didapati tidak teratur.

Malah, ada ketikanya penyelenggaraan dilakukan oleh juruteknik tidak bertauliah.

“Ada bukti menunjukkan pesawat berkenaan melepasi berat pelepasan maksimum iaitu 850kg,” kata laporan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini