KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami ‘isu tekanan’ semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5.59 petang.
“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL, ia selamat mendarat pada jam 8.18 malam.
— BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.