comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesawah maut tertusuk pisau pengait kelapa sawit

Foto tular

BAGAN SERAI: Seorang pesawah maut selepas pisau pengait kelapa sawit menembusi bahagian belakang tubuhnya di Parit Sulaiman di sini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusof, berkata, dalam kejadian sekitar jam 6.58 petang semalam, mangsa dikatakan sedang membawa galah sawit untuk mengait tandan kelapa sawit.

Bagaimanapun mangsa berusia 44 tahun yang menaiki motosikal dikatakan terbabas dan menyebabkan galah sawit yang dibawa terpelanting dan mengenai mangsa.

“Pisau pengait berkenaan dikatakan menusuk belakang badan mangsa. Kejadian itu disedari dua orang awam yang melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam parit.

“Petugas perubatan dan ambulans yang tiba mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya lagi kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini