comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesara kerajaan, penjawat awam lantikan kontrak kini layak mohon PPAM

Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Larai, Presint 6, Putrajaya – Foto: NSTP

PETALING JAYA: Pesara kerajaan yang memiliki kad pesara, anak pesara dan penjawat awam melalui lantikan kontrak kini layak untuk memohon Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

JPM berkata, permohonan PPAM juga terbuka kepada semua penjawat awam yang sedang berkhidmat membabitkan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

Katanya, kelayakan permohonan bagi PPAM adalah untuk warganegara Malaysia yang terbuka kepada semua penjawat awam melalui lantikan tetap.

“Kelayakan permohonan membabitkan penjawat awam yang telah bersara dan memiliki kad pesara, penjawat awam melalui lantikan tetap dan kontrak termasuk anak pesara kerajaan yang mana semua boleh memohon lebih dari satu projek,” menurut kenyataan itu.

Semua unit rumah PPAM adalah bersubsidi dan akan dikenakan moratorium 10 tahun.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, penjawat awam boleh menghantar emel kepada [email protected] atau layari www.ppam.gov.my.

Loading...
Terkini