Tumpuan :
Nasional

Pesara direman bantu kes penemuan mayat wanita dalam semak

MARANG: Pesara berusia 59 tahun direman bagi membantu kes penemuan mayat wanita dalam semak Khamis lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Marang, Zur Azureen Zainalkefli selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan.

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum ini ditahan jam 2.30 petang di Jeli, Kelantan. Terdahulu, Harian Metro melaporkan penemuan mayat seorang wanita di kawasan semak di Kampung Alor Gali, di sini, Khamis lalu.

Mayat ditemui orang awam yang sedang mencari daun palas di kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris mengesahkan identiti mangsa sebagai Zarina Mukhtar, 57, berpandukan padanan rekod cap jari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Loading...
Terkini