KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental maut dalam kebakaran di dalam bilik di sebuah rumah dua tingkat di Taman Desa Country Homes di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata bomba menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.28 pagi.
“Semasa kejadian, mangsa lelaki tempatan berusia 56 tahun yang tinggal bersama abangnya, rentung.
”Kebakaran sudah dipadamkan orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abang mangsa berusia 65 tahun jelasnya, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Anggaran kemusnahan 10 peratus dan pihak bomba sedang menjalankan overhaul bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya,” katanya.